Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan melayari laman blog ini. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pelbagai aktivi PIBG dan di harap dapat menjadi sumber untuk berkongsi pandangan dengan anda yang melayari laman blog ini.
Untuk makluman anda lokasi Sekolah Kebangsaan Jerlun adalah 15 kilometer dari bandar Alor Setar dan terletak di dalam Daerah Kubang Pasu. Jumlah pelajar sekolah ini adalah 400++ dan jumlah tenaga pengajar adalah 30 orang semuanya. Jerlun merupakan kawasan pertanian atau sebahagian dari jelapang padi negara dengan sawah seluas mata memandang dan kebanyakan penduduk di sini adalah penanam padi.
Walaupun sekolah ini sekolah kampung dengan perlatan yang ada boleh dikatakan serba sederhana namun pencapaian UPSR telah meningkat dengan begitu mendadak sejak tiga tahun yang lalu. Ini merupakan satu kebanggaan kepada kami warga Jerlun. TAHNIAH! untuk Puan Rodziyah selaku guru besar SK Jerlun dan barisan guru yang begitu berdedikasi dan gigih berusaha demi kemajuan anak bangsa. Semoga jasa bakti mereka akan di beri rahmat oleh Allah SWT.
Ok, Akhir sekali, saya selaku YDP PIBG SK JERLUN dan ahli jawatankuasa PIBG mengucapkan jutaan terimakasih atas lawatan anda dan berharap anda dapat memperkenalkan laman blog ini kepada rakan rakan anda untuk mereka lawati dan berikan pandangan di ruangan komen.
Komen komen dan pandangan dari anda sekelian amatlah kami hargai.
Bagaimana untuk anda menulis komen anda? Senang saja!
Cuba anda lihat di bahagian bawah setiap artikel. Anda akan dapati baris ayat seperti di bawah:

posted by Azahar Abdul Rahman @ 9:09 PM 0 Comments
Anda klik pada pautan "Comments" dan anda akan di bawa ke muka surat di mana anda boleh menulis komen anda.Cukup Mudah! Tulislah komen anda di sana.

No comments:
Post a Comment