Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita berkumpul bersama di sini sekali lagi pada hari ini untuk majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke -34 .
Bagi pihak seluruh AJK PIBG saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua waris dan guru guru yang telah memberikan komitmen yang begitu jitu selama ini kepada pihak PIBG dan juga pihak sekolah. Hasil komitmen ini dapat kita lihat dengan pencapaian UPSR yang terus meningkat sejak tiga tahun lepas. Malah hari ini kita dapat berbangga dengan pencapaian cemerlang sekolah kita ini , saya yakin tanpa usaha gigih dan kerjasama kedua pihak yakni waris dan guru guru pencapaian sebegini sukar untuk kita perolehi dan kekalkan pada tahun tahun akan datang.
Bagi mengekalkan prestasi dan kecemerlangan pencapaian UPSR pada tahun ini dan akan datang saya berharap kerjasama yang lebih erat dan penglibatan waris bersama aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG dan sekolah harus kita pertingkatkan. Saya berharap penglibatan lebih ramai ibubapa dalam program program motivasi dan program yang bertujuan kearah pencapaian UPSR yang lebih cemerlang.
Kesedaran terhadap pentingnya pendidikan dan kejayaan anak anak dalam pelajaran akan menjadikan warga Jerlun ini lebih cemerlang pada masa hadapan. Saya amat berharap pada masa hadapan akan lahirnya anak anak tempatan kita di sini yang mempunyai kerjaya dan karier yang boleh kita banggakan. Bayangkan jika suatu masa nanti akan lahir dari Jerlun ini pemimpin pemimpin, para doktor, peguam , jurutera dsbnya dan boleh menaikan imej dan nama kampong kita ini yang mana mereka semua mendapat pendidikan awal di sekolah ini.
Justeru itu saya berharap para ibubapa akan terus memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan barisan guru guru yang dipimpin oleh Puan Rodziyah bagi memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Akhir kata , sekali lagi saya berharap para ibubapa dan guru dapat berganding bahu bagi memastikan kejayaan cemerlang yang kita capai dapat kita kekal dan tingkatkan pada masa hadapan.
Sekian, terimakasih.

(AZAHAR ABDUL RAHMAN)
Yang DiPertua PIBG
Yang DiPertua PIBG

Salam en. Azahar.
ReplyDeleteI would like to thank you for what you have done to the society. With your book ' Rahsia buat duit di e bay and now simple steps to create blog, you are actually have change my life view.
Hi Azahar,
ReplyDeleteSaya juga ex-student SK Jerlun (1979-1984, merantau luar dan dalam negara, lani tercampak ke KuliM Hi-Tech.masih gak dok blk Jerlun, ada lagi family members kat sana.rasa terharu habis tgk gambaq student lama SK Jerlun, Syabas utk anda kerana dapat bersama dlm PIBG di sekolah yg mengajar saya utk mengenali ABC.
Kenali saya di - www.thejourneyofanakjerlun.blogspot.com